Monday, 2 September 2013

Temuduga Eksesais Konstabel Polis Wanita 2013

Assalamualaikum..

Ok ketika aku taip entry ni, aku baru je balik dari temuduga Konstabel Polis di Kem PGA Bukit Galing, Kuantan, Pahang. Hari ni bersamaan 2 September 2013 hari pembuka kepada temuduga polis wanita seluruh negara. Jadi, disebabkan ramai member-member aku yang duk tanya tak putus-putus dari pagi tadi so aku rasa baik aku update kat blog so aku boleh tolong kawan-kawan yang bakal menjalani temuduga nanti.

Tolong study!!! Haa..kenapa aku bold kan, sebab banyak benda korang kena tau pasal polis, setiap orang ade soalan sama atau lain sikit. Aku da jalani ujian fizikal pada 23 Jun 2013 dan hari ni orang kata penentu dapat ke tak..dan ko dapat tak rekrut nanti..Pagi tadi, aku orang yang ketiga ditemuduga padahal datang lambat, tak tau sebab apa..maybe tengok rekod korang dalam ujian fizikal.

PROTOCOL

Ketuk, bukak pintu dan bila dah masuk sikit, berhenti kejap cakap la kuat "Assalamualaikum tuan, puan".
Ok, lepas tu korang terus jalan dan pastikan jangan jalan lenggang kangkung, jalan tegap dan nampak bersemangat (jarak pintu dengan penemuduga agak jauh) Sampai dekat para penemuduga, sila berhenti dan cakap contohnya aku: "Assalamualaikum tuan, puan..saya Sarah Liyana Suhaimi lapor hadir hari ni untuk jawatan konstabel wanita..sedia untuk ditemuduga tuan."
Selagi pegawai tak suruh korang duduk, jangan duduk ye. Ikut arahan.

SOALAN YANG DITANYA

Penemuduga ade 3 orang. Dua orang lelaki sorang perempuan. Bagi aku penemuduga perempuan sangat friendly dan ramah-mesra. Sebab beliau orang pertama yang soal aku so nebes tu kurang sikit. Ni soalan yang aku dapat tapi tak semestinya sume orang sama, tapi better la korang study dulu sebelum interview.

1) Siapakah ketua polis negara

2) Siapakah ketua polis negeri anda

3) Namakan jabatan yang ada dalam polis. Macam aku tadi, dia suruh aku namakan 4 je, tapi polis ade 8 jabatan, ni memang soalan femes, kawan sebelah pun dia dapat soalan ni juga. Kalau korang ingat nama pengarah setiap jabatan memang best la, tapi aku tak ingat..hehe

4) Namakan 2 menteri wanita dalam negara

5) Kenapa anda ingin memasuki polis, adakah anda bersedia untuk berdepan cemuhan masyarakat. (yang ni korang cite la sungguh-sungguh, kalau boleh jangan diam banyak, masa ni pegawai nak tengok korang betul-betul nak ke tak)

6) Sila sebutkan rukun sembahyang dan bacakan salah 1 niat solat antara 5 waktu bersama terjemahan sekali. (nampak senang tapi bila korang duk kat dalam tu, niat solat pun jadi blur, padahal buat hari-hari..nebes punya pasal..hihihi p;)

7) Kalau korang keje, maybe dia tanya sal keje korang, dan dia relate pasal jenayah. Contoh aku tadi: bila anda tengok suasana di uiam ade tak pelajar melakukan jenayah ataupun salah laku? ni sebab aku keje uiam, so dia suruh aku cite pasal perangai pelajar. Kalau korang tak keje maybe dia tanya soalan lain.

Sebenarnya, kalau ikutkan result temuduga dapat tau terus tapi aku dengar daripada pegawai lain, dorang nak buat penapisan lagi selepas temuduga, sape yang ade rezeki insya Allah la dapat. Kalau korang ade family yang keje polis tu mungkin ade peluang besar nak dapat.

Result temuduga akan tau melalui surat oleh Unit Pengambilan Bukit Aman. Result ni jugak takkan dipamerkan di Portal PDRM.

Last sekali, kepada korang yang bakal menjalani temuduga, aku ucapkan gudluck dan harap pengalaman aku dalam temuduga ni dapat membantu korang serba sedikit. Usaha dan tawakal. Kalau nak tanya ke tak faham sila tinggalkan komen, tq ;)


**Tengah tunggu keputusan temuduga lain pada bulan ni.