Tuesday, 27 August 2013

Ujian Fizikal bagi Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Assalamualaikum sume..

Straight to the point, minggu lepas aku ada terpanggil untuk ujian fizikal Pembantu Penguatkuasa, tapi aku dapat untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Sebenarnya aku tak aspect langsung nak dapat panggilan ujian ni since aku tak bape minat badan uniform, hehe..sebab kat sekolah dulu kalau cikgu suruh kawad mesti lari masuk toilet..**buruk perangai..T_T adik-adik please jangan ikut perangai macam ni hokey..kita tak tau akan datang rezeki kita kat mane.. ;)

Sebelum ni, aku pernah terpanggil untuk ujian fizikal pegawai imigresen dan polis. Masa ujian fizkal pegawai imigresen, aku memang semangat giler, tapi apakan daya den bmi tak cukup weyh..since tinggi aku 170cm dan berat 52kg masa tu, pegawai tu dengan perasaan hampa bagitau aku tak layak sebab bmi tak cukup je, sedih weyh..2 minggu aku jog depan umah, siap pantang tak minum ais (ni kata kawan2 yang keje kat bomba, dorang cakap tak elok untuk urat). Dah la amsa tu da siap kawad ngan bagi command bagai, sekali balik dengan perasaan hampa. Sejak hari tu aku da tekad nak gemukkan badan dan akhirnya aku berjaya..kikiki p; (tu kat entry lain, aku bagitau nanti k)

Ujian fizikal polis pun lepas sebenarnya, tengah tunggu interview formal plak. Tu nanti la aku bagitau ye next entry ;) 

Ok korang, pada sape2 yang terpanggil untuk ujian fizikal ni aku doakan korang berjaya, mental fizikal kena kuat, kalau korang jenis tak bersenam langsung, ok memang masalah besar ye, aku ni sebab dulu rajin pegi gym, so aku rasa fitness aku makin ok, punyerla balik keje pas maghrib terus pegi gym..hihihi
Pertama sekali, datang ujian fizikal pakai pakaian sukan ye, janganlah pakai baju kurung plak, guane nak buat ujian nanti kan, terkoyak kain sape yang malu nanti kan..haha. Selepas tu, korang akan dibagi taklimat dan beratur untuk ukur tinggi dan timbang berat. Masa tu la korang akan tengok sorang2 tersingkir macam AF, ade yang muka hampa, nangis.

Lepas bmi da lepas, korang akan dipanggil oleh pegawai jpj untuk check badan korang. Check ape?? normal la, nak tengok tangan bengkok, bahu senget ke..macam2 la..haha
Dah selesai tu, korang akan pegi buat ujian mata. Masa tu kantoi la kalau pakai contact lens ke kan, better jangan la..kang kena malu je. Dah abis tu korang akan disuruh lompat jauh berdiri, haaa.. yang ini aku hampir gagal, sebab dua2 kaki tak jejak kat line yang ade..tension aku,tapi pegawai tu tolong, dia suruh ko buat sampai lepas, (ikutkan 3 kali try je tau).

haa tengok k..dua-dua kaki kena jatuh sama.


Next, bangkit tubi 28 kali dalam masa 2 minit.


lari ulang alik 10 meter..lari dekat kon tu pastu ade button.. aku tak ingat bape saat..tapi kena laju la lari tu..


Last sekali, lari 2.4 km..macam aku kan kena lari 7 pusingan padang bola sepak dalam masa 17 minit. Tapi alhamdulillah, aku dapat abiskan dalam masa 15 minit, mujur tak kena angkut dengan ambulans JPAM..hahaha. Untuk pengetahuan korang, masa last ujian, ade 2 orang je perempuan yang lulus sume termasuk aku ni, sorang lagi tu adik, muda dari aku, dia lari kuat, kalah akak..hehe. Laki yang lulus dalam 15 orang. Ok, bila korang dah lulus, keesokannya korang akan dipanggil untuk temuduga formal bersama pegawai SPA dan pegawai JPJ. Antara soalan:

1) Ketua pengarah JPJ, misi, visi, bahagian dalam jpj
2) citekan konsep 1 malaysia dengan detail.
3) nama menteri dan soalan pasal personal kita

Aku nasihatkan korang warm up dulu or buat preparation, tak jadi macam aku. 1 badan sakit kes ujian fizikal ni, yela main redah je kan. Semoga ape yang aku tulis dapat tolong la serba sedikit, sebab aku dulu tak buat ape2 preparation pun. Insya Allah ade rezeki kalau dapat ade la kan, tak sabar tunggu result nanti ;)

Sekian ^_^



7 comments:

  1. Hi .. Nak tanya sikit, nxt saya dapat ujian mcm ni jgk but utk pegawai lah N41, rasanya tinggi ok 155cm cuma berat 45/46..kalau berat kurang 1kg rasanya boleh lepas tak? Tq

    ReplyDelete
  2. hi ibu tiha..setahu sy masa sy ujian fizikal sangat ketat..mmg detail dia nak..sebab pmpuan yg dtg punyer ramai..yg lepas ujian bmi 4 org je lepas..kebanyakan berat tak cukup..tinggi tak cukup..kalau bleh cuba la makan banyak sebelum ujian ni..sy pun nyaris tak cukup bmi..19 lebih je sy punyer..

    ReplyDelete
  3. Salam. Tq byk2 siap bagi gambar utk ujian fizikal ni. Tak tau pulak yg ujian lompat jauh berdiri tu macam tu gaya dia. Huhuhu. Makasih..

    ReplyDelete
  4. kalau berat lebih pulak camne ye?

    ReplyDelete
  5. hai .so how ? Dapat tak ? sy pon pegi jugak . nih profile sy . contact me at wechat eyzaaastarrr

    ReplyDelete
  6. Asm. Nk tanya la.. camne diorg check sape yg pakai lense yek..? Ada yg ckp dorg suluh la.. hehe.. curious gak..

    ReplyDelete