Thursday 10 November 2016

Study Pengajian Jarak Jauh (e-PJJ) UiTM



Assalamualaikum hai korang,

Harini aku nak bercerita pengalaman belajar pjj student di UiTM, alhamdulillah aku da tamat pengajian. Untuk sape-sape yang bercadang untuk sambung pengajian secara e-pjj ni yang tak tau boleh la amik input dan kalau tak paham boleh komen kat blog ni. In shaa Allah aku cuba jawab dan tolong sebaik mungkin since sekarang da aktif balik blog.

Ape program e-PJJ ni? Program e-PJJ adalah program pengajian separuh masa untuk belajar. Maknanya korang boleh bekerja sambil belajar. yes 2 dalam 1. Aku dapat tau pun pasal study pjj ni masa aku belek surat khabar kat ofis, haha, ingat lagi. Sekali aku tengok macam menarik, tanya parent, parent kata go on je, as long aku boleh urus masa. Sebab dalam masa yang sama juga aku ditakdirkan dapat keje tetap kat universiti awam ni so sayang la nak lepas keje kan. Keje susah plak nak dapat nak plak dapat keje tetap masa usia yang agak muda masa tu.

1) Cara nak apply program e-PJJ ni camne?
 
 Aku apply melalui laman web ined UiTM. Aku lupe nak cakap aku apply kos pentadbiran awam. Aku pilih kos ni sebab kos ni sesuai dengan kerja aku sekarang, maknanya kalau nak apply naik pangkat ke, kira sesuai la bab kata bos ngn senior aku masa tu. Aku ingat masa tu aku apply pastu aku kena hantar surat sokongan dari bos yang mengatakan aku dah ade pengalaman kerja setahun. Untuk korang nak tengok syarat-syarat kemasukan boleh bukak link laman web INED ni.

Ni untuk link syarat kemasukan ke program diploma:
https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/part-time-diploma-programmes

Ni untuk link syarat kemasukan ke program ijazah sarjana muda:
 https://ined.uitm.edu.my/index.php/admission/degree-list-of-programmes-offered
Kat sini korang boleh tengok secara details, kos ape yang korang nak, korang boleh check la subject keseluruhan kos tu. So korang boleh buat keputusan yang masa kos yang korang boleh bawak :) 

Yang penting, make sure kena check juga bila tarikh intake, bila tarikh tutup apply, dan bila tarikh keputusan keluar.

2) Yuran Pengajian mahal ke tak?

Yuran pengajian dia tak la sama macm full time, nama pun part time study kan, tapi setakat ni UiTM punya yuran lebih berpatutan daripada universiti lain. Yuran pengajian bergantung pada berapa subjek yang korang amik semester tu. Kalau sikit subjek korang amik, sikit la yuran korang bayar bergantung kepada berapa jam kredit setiap subjek. So average aku bayar every sem lebih kurang RM1,000 ke RM1,500 satu semester. Hujung-hujung nak abis study aku pulun amik subjek banyak sebab nak abis cepat. In shaa Allah kalau niat nak belajar duit tu selalu cukup je. Kat bawah ni aku attach jadual yuran dari web ined.



 3)  Cara belajar dan pensyarah camne?


Selalu orang tanya boleh ke belajar sambil bekerja ni, for me ok saja, hee, sebab yang penting bos dengan kawan 1 opis tau dan paham. Make sure assignment, tutorial yang pensyarah bagi tu kena siapkan la. Jangan sambil lewa sebab kelas sebulan 2 kali je tau. Kelas pun 6 atau 8 kali je 1 semester. Sebab kelas tak banyak kita kena usaha lebih la ulangkaji sendiri dan jangan risau pensyarah akan berkomunikasi dengan kita melalui I-Class. I-Class ni web untuk kita amik nota yang pensyarah ajar dan kat situ kita boleh la tanya soalan kalau ada yang kita tak paham. Setakat yang aku belajar dulu, pensyarah juga amik kira I-Class tu sebagai carrymarks. Kalau korang diam je takde tanya soalan alamatnya kosong la markah, so rugi la kan.

Dalam kelas pun aku rasa dulu banyak presentation, so bila present kat depan tu cepat la sikit ingat kan. Untuk test dan quiz tu biasa la kadang pensyarah bagitau dulu bila nak buat, kalau baik hati sikit pensyarah akan usaha la bagi assignment lebih untuk tambah carrymarks.

Pensyarah pada aku ok sangat sebab kalau kita student pjj ni, pensyarah lebih memahami sikit, pandai-pandai la interaksi dengan pensyarah kan sebab mereka pun faham, kot la tak dapat siapkan assignment on time :D 


4) Tips belajar untuk final exam

Rasa macam tak layak sangat nak cakap sebab pointer tak tinggi mane, haha. Rajin-rajinkan diri buat past year questions, kalau boleh 5 semester lepas. Soalan selalu ulang-ulang, mane tau ada rezeki da study dulu soalan tu kan senang nak jawab masa final :)

Kalau rajin lagi study group dengan classmates, yang ni mujarab sebabnya kadang da tepu nak study, balik keje penat, so aku dulu suka classmates aku bercerita, dorang cerita la balik ape topik dorang study tu, yang part ni cepat melekat dekat kepala aku daripada aku study sendiri. Kalau aku study sendiri lama-lama aku nampak katil dengan bantal je lebih, haha


Ok, setakat ni la dulu aku cerita kalau ada ape nak tanya boleh la komen kat bawah ye, In shaa Allah aku cuba balas secepat mungkin. bye :)



Edited 2023

Hai korang, sara share link channel youtube kalau korang nak tengok secara video (ni video baru sara buat mana tau berguna kan maaf ada kekurangan)

Boleh komen dekat channel youtube ni juga kalau korang nak tanya lagi. Nanti sara buat video untuk next pula..







Nama channel youtube saya: Sara Khayla
boleh support saya juga ye dekat sana.


Thank you jumpa next entry okies..





148 comments:

  1. Assalamualaikum kak. Saya nak tanya, apa kebaikan epjj ni? Slain kenaikan pngkat then apa lg? Klau koko pulak tak terlibat eh utk epjj? Konvo pulak mcmana? Skali dgn student full time?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, kebaikan pjj ni mostly untuk ilmu la kan, naik pangkat yes kalau ade peluang nanti boleh apply, koko takde, intern takde, tak campur dengan student full time.

      Delete
  2. NURLIYANA IRDINA31 January 2018 at 00:28

    Assaalamualaikum kak. Saya liyana. Saya nak tanya, saya memang dah dapat untuk pjj degree. sebabkn tengah bekerja, saya nak tahu, waktu exam dia macammana ya kak? sebab ada nampak exam pada hari weekdays? betul ke? kalau kelas saya tahu setiap hari ahad sahaja kan? exam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. exam memang weekdays, macam akak cuti exam tu memang ade cuti khas, kelas ahad je, kalau lecturer ganti ade la sabtu mcm tu, depend kat lecturer, malam pun penah je kelas, hehe

      Delete
    2. Salam sis, nak tanya nanti lecture akan ajar fully english ke?? Exam macam mana? Sy kurang sikit english.. tp alhamdulillah diterima buat pjj di uitm intake sept 2018.

      Delete
    3. masa saya study lecturer campur je english malay, hehe, goodluck nanti

      Delete
  3. Assalamualaikum akak. saya nak tanya, kalau pjj ni berapa tahun habis? biasa kalau full time 4tahun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pjj ni atas orang, cepat abiskan boleh je abis awal, tp pjj dia lagi lama dari full time

      Delete
  4. Yeap Liyana, Kelas mmg on Sunday saja, tapi Exam date tu nasibla harinya, kadang jatuh on weekdays, and Sabtu / Ahad

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak. nak tanya, biasanya utk pjj 1 sem ambil masa tempoh berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, kelas dia temph sama je macam full time, cuma beza kelas kita sikit je

      Delete
  6. hi . boleh tak terangkan mcm mana nak paham jadual yg dia dah sediakan di portal ined tu . saya kurang jelas lah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape yang tak paham?so senang akak nak jelaskan

      Delete
  7. hi sis... best baca blog awak... hmm anyway sy student baru utk PJJ UiTM... tak dapat nk ckpla cemane.. awal2 ni dah stresss... stress bukan ape.. sbb x biasa lgi dgn iclass... format asgment sume then x kenal sape2 pun dlm class tu. rata2 tengok masing2 mcm hebat dlm group iclass tu buat sy rasa down... sy pulak jenis terkial2... member yg sama2 daftar minggu lepas awal2 dah tarik diri harini. Sy semakin la down. Sedih sgt... normal ke perasaan mcm ni.. debar2 je tkut x boleh catchup... sy ex student politeknik.. bila sambung degree kt uitm ni rasa mcm berbeza sgt2...then rasa mcm susah nk catchup style study E-Learning ni :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, menda awal2 memang macam tu, badge saya pun ramai tarik diri, ade yg cuti pastu tak masuk2 da, ade yang tak daftar terus next sem, semua tu ujian kat kita suruh sabar, iclass assignment tu memang agak la nak2 kalau dapat lecturer yang suruh kita active dekat iclass, saya nasihat kena active sebab kat situ ade markah,

      Poli lain kan cara dia, be strong ye, in shaa Allah boleh, kena kuat semangat :)

      Delete
    2. assalamualaikum hye, situasi saya skrg sama dgn awak. ex politeknik and ada niat nak epjj uitm ni. awak sambung ke degree tu?

      Delete
    3. Awak dah register ke. Saya baru register utk pjj degree. Nervous tetap ada. Saya x student UM

      Delete
  8. assalamualaikum kak. Saya nak tanya, kat mana kita nak tengok jadual kita masa nak daftar subject supaya tak bertindih? and dia mcm ada bg jadual sminar. Yang 7 seminar atau 5 seminar. wajib pergi ke macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, 5 & 7 seminar tu memang wajib pergi, dia ikut subjek setahu akak, macam credit hour tinggi 7 seminar selalunya, dari jadual yang ade cuba tengok subjek yang awak amik tu.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak.

    Saya, inshaAllah sambung degree pjj bulan ni. Course finance. Saya nak tanya pendapat akak, okay tak kalau masa sem 1 kita add course yang sem 2 punya? sebab sem 1 mungkin subject tak tough lagi. kot. Ada pressure tak agak2 hahaha. Ini sambung pjj pun banyak bagi negative feedback hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik, better jangan add lagi, cari mood dulu, hehe, kalau adik add subjek sem 2 kang stress jenuh, sem satu selalu subjek senang so senang cgpa tinggi. tak payah layan dik negative feedback, kalau mengalah nanti separuh jalan.

      Delete
    2. Assalamualaikum awak.. saya ade apply finance untuk mac 2020 ni.. even e-pjj still ade kelas ke? bkn 100% online ya?

      Delete
  10. Salam. Kak nak tanya. Memang kena kerja setahun ke? Sebab sekarang saya kerja tempat baru, baru je 4 bulan. Tempat kerja sebelum ni 1tahun setengah. Mcm mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je dik, akak dulu bos buat surat kata keje setahun, hehe

      Delete
  11. Salam Sis,

    Saya ada baca yg sis komen, utk ePJJ xde intern and koko kan. Boleh sis terangkan dengan lebih lanjutmengenai intern tu?.. adakah intern tu depend pada course yg kita ambil atau memang semua course ePJJ xde intern?. Sbb saya ada baca Pelan Pengajian dekat portal, pada Semester ke9 nanti akan ada Industrial Training dan dinyatakan sebagai Kursus Utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya takde intern ke koko, sebab pelan saya da dari 2011 kan, kalau latest ni tak pasti, tapi kalau keje mane boleh buat intern ke koko, hehehe

      Delete
  12. Salam sis ,
    Saya lepasan spm . Saya sudah dapat kerja sebagai pt rintis which is kerja under kerajaan. Sya nk tnye macam mne sya nk dapatkan pengesahan dripada boss mcm sis yg mengatakan sudah bekerja selama 1 thun ? Sedangkan sya bru shaja bekerja untuk beberapa bulan dan ingin membuat pjj diploma pentadbiran awam . Adakah sya layak ? Tq sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, hai sorry lambat reply, sebenarnya depend on bos, kalau bos ok boleh buat surat tu adjust date ok je, uitm ni dia tak strict sangat. in shaa Allah lepas je

      Delete
  13. Salam, Sis
    Saya lepasan Spm dan tidak ada pengalaman langsung cara belajar di universiti manakan pulak ePJJ ni tetapi saya tekad demi kelangsungan hidup,kerjaya dan keluarga saya teruskan jugak, alhamdulillah saya diterima dan akan memulakan ePJJ atas kos pentadbiran awam pada sessi ambilan september 2018 ni. Persoalan saya apakah nasihat yang berguna dapat diberikan atas pengalaman sewaktu sis belajar epjj ni dan bagaimana nak score setiap subjek bermula dari sem 1 sehingga sem 8 kerana tiada pengalaman dalam perkara ini, kemudian dalam masa yang sama pembelajaran saya ini juga adalah di bawah tajaan MDAB dan saya perlu mengekalkan CGPA 3.00 ke atas setiap sem agar tajaan tersebut berkekalan sehingga tamat belajar . Saranan dan pendapat ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat saya fokus sepeunuhnya pada sem 1 sbb cgpa akan berat bergantung pada gpa sem 1..cara pembelajaran kena rajin bt study group[, tanya lecturer soalan2 yg konpius, dan paling penting bt nota ringkas. Kuiz,test dan assignment pastikan dihantar on time sbb semua tu jgk akan membantu untuk dapat result yg baik.

      Delete
    2. Hi redoneblogger,

      Saya pun student ePJJ intake sept 2018 dip in bussiness, tapi tgh buat rayuan nak tukar kos ke DPA. Harap2 permohonan berjaya, bolehla kita belajar sama2. 🙂

      Delete
    3. Hye saya nak tanya, mcm mana mak dapat tajaan MDAB tu?

      Delete
    4. fokus je dik study, in shaa Allah ok, pastikan assignment sume buat.

      Delete
    5. Hi, ada tips tak untuk lulus interview MDAB?

      Delete
  14. adakah i class memerlukan kita mempunyai computer @ laptop sendiri dan bilakah masa yang diperuntukkan atau sesuai untuk pengunaannya kerana saya tidak mempunyai computer @ laptop peribadi (belum berkemampuan) selain menggunakan kemudahan di cyber cafe atau telefon bimbit, mohon pencerahan lanjut.......?

    ReplyDelete
    Replies
    1. as long ade internet boleh je dik, pegi cyber cafe pun ok or library

      Delete
  15. Assalamualaikum sya nak tanya. Katakan sya dah apply sambung belajar melalui upu lepastu dalam tempoh tunggu sambung belajar tu sya dapat kerja..mcm mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better awak proceed je blajar

      Delete
    2. Pendapat saya, jika umur awk masih terlalu muda, better awk sambung je belajar, tapi jika awk dapat kerja yang menjamin masa depan, yang sukar orang lain dapatkan, awk boleh kerja dulu. Tak semestinya kalau kita kerja, kita tak boleh sambung belajar & berjaya. Sekadar pendapat.

      Delete
    3. atas adik keje tu camne, kalau keje tetap boleh keje sambil blaja


      Delete
  16. Assalamulaikum sis, course yg saya ambik kos hr. 4 tahun 1/2, tapi saya nak habsikan degree cepat. lagi2 terikat dengan komitmen yang akan datang saya akan jadi isteri orang. sebab tu saya nak habis cepat. so apa pendapat sis ya ? masa mengandung still boleh belajar ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi syera.. kos apa tu? Intake utk september ke ? Hehe

      Delete
    2. yupp even you preggy still boleh teruskan . Utk info lanjut direct call pihak uni

      Delete
    3. takde masalah kalau mengandung sis

      Delete
  17. Assalamulaikum sis... bila sye baca BLOG sis sy mcm minat je nk bt pjj..sye nk thu pjj ni ada had umur tak?

    ReplyDelete
  18. Hai..Sy nak tanya. Kalau dah smbung degree dalam 2 tahun tu,3 tahun lagi tu boleh ke ambik pjj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ok aje, saya pun umur 50 intake 2018

      Delete
    2. tak boleh sis, kena ikut mode study kalau pjj mmg pjj je

      Delete
  19. Kalau buat pinjaman ptptn ada ke utk pjj?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh . asalkan uni pilihan awak tu IPTA . Boleh bukak laman web ptptn, kemudian click dkt bhg permohonan pinjaman.

      Delete
  20. Assalamualaikum akak. Kalau nak buat pjj ni memang kena kerja ye ? Saya nak belajar tapi mak saya sakit takde orang nak jaga. So saya just buat business online untuk support study .boleh ke buat pjj kalau tak kerja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehh. Awak boleh ws saya if you need my help :) walaupun permohonan pjj usm dh tutup , tapi nnti akan bukak utk kemasukan kedua means lewat sikit dri yg pertama . Kena cepat catch up

      Delete
    2. Hy sis, sya dapat twaran epjj d uitm sabah. Ada cara tak utk saya tukar mood sepenuh masa?

      Delete
    3. rasanya kena melalui upu jugak ataupun direct ke laman web uitm . alert dgn pembukaan pengambilan universiti tersebut .

      Delete
    4. Saya xbekerja.. Dalam fmly hanya saya yg sggup jaga dan menguruskan tok yg dah uzur n ayah yg ada mslh sakit jantung.. Saya da lama berminat nak sambung belajar.. Kisah epjj cik mmg menarik minat saya dan membakar kembali semangat utk menggenggam segulung ijazah.. Tapi sy xtahu mcm mana cara nak mulakan langkah pertama.

      Delete
  21. salam . saya nak tanya macam mana dgn jadual exam utk pjj ya . biasanya paling lama brpe hari exam and ade gap atau sederet semingu cthnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain universiti lain tempoh exam rasanya. Mcm Usm ada hari biasa , ada weekend jugak. Kadang ada gap sehari dua.

      Delete
    2. ikut subjek sis, ikut jadual juga,

      Delete
  22. Sy dulu amik dip account politeknik. Berbaloi tak kalau sy amik degree finance PJJ sis? Sbb kalau sy PJJ degree akaun sy kena ke kelas kt shah alam then tinggal kt jb n sy tkut kalau sy tk boleh nk fokus bljr sbb penat. Kos akaun mmg tough thats why sy takut nk amik risiko

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum kak nani..saya pun dapt sambg dgree pjj course BM244 untuk intake sptember nie..saya nak tnya dari assigmnt tu quiz semua tu mmg lect akan bg dlam iclass ke..

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum.. nak tanya kalua stu sem amik 3 subjek n total credit hour 8 jam bolej jgk k ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh tapi kalau amik sikit sangat lambat la abis

      Delete
  26. salam kak, saya baru dpt tawaran pjj AM110 intake september/2018 ni. Ada sesiapa dah register kos ke? tak berapa nak faham cara nak register tu. Kene pilih 5 seminar ke 7 seminar. Sapa2 yg sama kos saya blh la email saya..sng nak tanya2 nnti. tq ;-) faell2187@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan plih dik 5/7 seminar tu, dia ikut subjek, ade subjek 7 kali, ade subjek 5 kali je, normally 7 seminar tu subjek core

      Delete
  27. Salam nak tnya.. brapa lama tempoh pjj ni.. adakah bergantung pada kursus yg diambil?.. saya brminat utk ambill pjj pringkat ijazah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. normally 4 ke 5 tahun, kalau dari dip uitm bleh transfer kredit.

      Delete
  28. Salam, kak nak tanya epjj ada penerapan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde dik, kena apply, pjj x sama mcm fulltime.

      Delete
  29. Masa tu akak umur berapa?

    ReplyDelete
  30. Assalammualaikum, have you repeat before? Alhamdulillah saya tinggal 1 semester untuk habiskan, dan ujian Allah uji saya repeat which is 1 subjek wajib ambik kalau tak can't sambung subjek atas dia dan kebetulan if repeat, class jadi clash. Boleh ke masuk separuh masa subjek A , separuh lagi Subject repeat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. penah repeat, hahaha, saya abiskan masa sem akhir, saya ambil sume subjek termasuk subjek repeat, tapi saya kena buat surat ke ined uitm, ade procedure dia, boleh call ke sana, saya ambil risiko puas gak merayu, hehe, tapi alhamdulillah dibernarkan ambil sbb sem akhir.

      Delete
    2. boleh je masuk separuh2 pastikan lecturers dua2 subjek tau dan paham, kalaudorang xbagi susah la sikit, tp in shaa Allah lecturers selalu tolong as long buat je ape depa suruh.

      Delete
  31. salam..nak tanya..tempoh pengajian pjj dr sem 1 - sem 7 makan masa berapa tahun?

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. i'm sorry lama tak bukak, saya cuba balas satu2 ye, bismillah, hehe

    ReplyDelete
  34. hi liyana, awk start pjj utk degree mase umur brapa ye? dan ssh x utk study dgn kwn2 yang jauh berbeza umur ni? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa umur 21, tak susah pun blaja org2 dewasa sume baik gak, hehehehe

      Delete
    2. oh muda lg.. sy skrg dh 30an.. nk amek pjj degree. kalo masuk kelas confirm plg tua. kihkih. anyway tq liyana 4 all info ;)

      Delete
    3. hai sushi awak nak sambung UITM mana? and kos apa? boleh saya tahu?

      Delete
  35. assalamualaikum, nak tanya , mcm mne nak hntr surat sokongan drpd bos tu? and bila sepatutnya hntr ? sy baru buat permohonan utk sesi march 2019 di uitm shah alam

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. hai semua ada tak yang akan sambung degree e pjj di uitm shah alam kos perakaunan, march 2019 ni? if ada jom wassap saya, saya bercadang nak apply. boleh tukar2 info. boleh wassap saya, 0197887624 (eka) :)

    ReplyDelete
  38. Assalam liyana..Saya lepasan stpm nak tanya if nak smbung degree ..untuk stpm syarat kemasukan perlu P.Am 2.00 ke atas..but kalau bawah dari 2 lepas ke untuk masuk ya..Hope get your respond ASAP.maseh

    ReplyDelete
  39. Saya nak share sikit pasal pjj ni.. Alhamdulillah.. dah pun jadi student epjj course finance di uitm puncak alam. Ikutkan 4 tahun setengah kene habiskan. Huhu bertabahlaa
    In shaa allah boleh..hehe..

    Dari ampang ke puncak alam lebih kurang sejam jugak. 1st sem saya ambil 4 subjek. So class dari pagi 8.30 sampai 6.15.. of course dah sampai rumah saya akan tidur awal sebab dah seharian kat puncak alam. Esok tu pulak kerja.. hahaa..

    Macam saya, ada subjek finance je kena dtg 7 seminar (2 bulan sekali).Subjek lain 5 seminar (sebulan sekali je class utk subjek 5 seminar).

    Esok (30/09/2018) ada class yg ke 2 (seminar 2). So far, bagi sy fleksibel belajar pjj ni cuma kita kena usaha rajinkan diri baca buku..buat past year question..

    assignment pun lecture dah bagi awal masa 1st class. Bila nk kene hantar pun dia dah inform awal2.. so ada masa sebenarnya kita nak buat assignment tu. Yang penting kene pandai cari kawan, buat group. Alhamdulillah saya jumpa yang sebaya & hopefully kitorg boleh success sama2..

    ReplyDelete
  40. hi. saya nak tanya. kalau 1 subjek je yg diambil untuk pjj ni berapa ye yuran untuk 1 sem? thank you

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum sis, maaf bertny, sy nk smbung blaja umur 30,SPM, kerja almost 8y (6y di Uni awam) pem.tadbir je... layak ke sis nk mohon sy tak da diploma... dan bidang sy nk ambil office management... sy igt nk mohon utk intake epjj march 2019 ni... mohon pencerahan sis... x tahu nk mula dri mana ni...

    ReplyDelete
  42. Hai. Sy first time nak sambung study. Dlm fikiran ni takut tak boleh bawa study pun lama jgk tu. Ada x kwn2 lain jgk yg nak sambung utk mac2019 nt? Mana tau kot ada geng semangat tu dtg.

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum sis, maaf nak tanya.
    currently sy mmg tak kerja dan tiada plan untuk berkerja in future cuma sy minat nak sambung belajar degree office system memandangkan sy ade diploma office mgt dulu.
    Boleh ke sy yang tak bekerja ni diterima masuk?
    terima kasih

    ReplyDelete
  44. Hai assalamualaikum sis nak tanya, kalau kita dh buat full time , boleh ke nak tukar kpd pjj ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam, staff uitm ada cakap, dari full time boleh masuk pjj, pjj pun boleh masuk full time. tapi kena ikut syarat dan course. boleh tanya uitm sendiri rasanya.

      Delete
  45. Salam sis.. saya pun baru lepasan pjj.. ada setengah kawan- kawan.. ckp..belajar pjj ni.. diaorg x respect.. x standart.. lainlh budak2 baru lpasan spm.. yg masuk u.. fresh.. mmg bgus kelulusan dia..
    Stress pulak .. pikir pandangan org terhadap kita yg belajar pjj. Yg ckp x belajar pun dah vetren.. 😢

    ReplyDelete
  46. Assalam sis, nak tnya.. klau Kita nak buat pjj tpi course Kita nak tu xde.. mcm mne ye? Kat ipts ada.. Kat uitm xde plak.. Kita Kena contact uitm ke?

    ReplyDelete
  47. Assalam. Pinjaman boleh buat ke kalau pjj ni

    ReplyDelete
  48. Nak tanya sikit pasal pjj.. Keseluruhan kelas dalam online jer ke atau ada kelas yang mesti datang ke lokasi universiti.??

    ReplyDelete
  49. Assalammualaikum . Hy kak , saya nak tanya , klau pjj , final exam mcm mne ? Kene gi kt u kita or pegi u berdekatan ?

    ReplyDelete
  50. Assalamualaikum.. Nk tnya kalau course kita tuh x dek mood e-pjj boleh ke apply tinggal stu sem je lgi nk abis..

    ReplyDelete
  51. assalamualaikum saya nk tanya..saya lepasan matrikuasi..dan x bekerja..boleh ke saya mohon pjj..

    ReplyDelete
  52. Salam sis. Boleh tk saya nk dptkn number sis untuk pertanyaan pjj ni dgn lebih detail?

    ReplyDelete
  53. Salam, sis pjj diploma untuk uitm ni tempatnya tertentu ye?

    ReplyDelete
  54. hi assalamualaikum, kalau nak amnbil e-pjj ni, mesti bekerja dan ada sokongan daripada majikan ? kalau student mmg duduk rumah je boleh tak apply pjj ni ? terima kasih :")

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi wslm. sy tlg jawabkan ye hihi. kalau tak kerja pon still boleh apply epjj.ni sy ckp utk uitm la. sy pon skrg amik epjj diploma perakaunan di uitm shah alam. kerja pon tak. duduk rumah je.

      Delete
    2. Hi awk, sy berminat pjj uitm degree perakaunan. Skrg sy ad degree undg2. Blh tau laluan utk pjj drg acc? Dptkn pendedahan dulu sblum cll pihak uitm esok

      Delete
  55. Assalamualaikum kak, nak tanya e-pjj ni kelas still ad presentation jgak ke?

    ReplyDelete
  56. Salam kak... Maaf bertanya... Ade suggesstion U lain ntuk pjj diploma.. Sebab ikutkan saya nak apply yg link dengan bidang kwje iaitu akaun.. Survey, ade bukak uitm j, tu pun jauh nak ulang alik..kawan sy keje sane pun katenye penat, hampir give up. Ade suggesstion tak kak??

    ReplyDelete
  57. email saya ye korang sara_liyana90@yahoo.com ni update 6 April 2021

    ReplyDelete
  58. ada beberapa yang da contact saya melalui email, saya tak boleh buka blog ni not sure kenapa :(

    ReplyDelete
  59. hai semua, please email saya ye nak tanya pape, saya banyak jawab soalan dekat email, btw saya da umur 31 tahun, mak budak da sy ni haha,masa sy buat blog ni saya da graduate, a way long, so mungkin ada maklumat yang bertukar, please do a google first in uitm website. ada yang tanya terlalu details pasal uitm which is sy kurang pasti nak jawab dah.

    sedikit pencerahan, saya lepasan diploma epjj uitm, diploma pentadbiran awam, sy bukan buat ijazah.

    ReplyDelete
  60. saya ada buat blog baru, nanti saya compile soalan2 dekat sini ye, jawab dekat sana, tunggu sy update ye

    ReplyDelete
  61. https://hellosaraliyana90.blogspot.com/2021/06/study-pengajian-jarak-jauh-e-pjj-uitm.html

    blog baru

    ReplyDelete
  62. Sy buntu skrg , samada nak sambung degree or kerja . Tpi family suruh kerja kerajaan , mohon spa . Pastu dy ada suruh utk buat pjj kalau betul nak smbung belajar . Boleh bgi pendapat tak mcm mna ?

    ReplyDelete
  63. Hi sis. Boleh tak bagi sis punya socmed sebab banyak nak tanya ni. If sis tak keberatan lah

    ReplyDelete
  64. Sekarang ni ada bukak ke pjj uitm?

    ReplyDelete
  65. kalau dari diploma mekanikal nak sambung pjj degree kos lain boleh ke?

    ReplyDelete
  66. Hi, kalau sambung pjj boleh apply penerapan jugak ke? N kalau boleh minimum berapa tahun utk degree in finance ?

    ReplyDelete
  67. Assalamualaikum kak, sekiranya saya sudah apply untuk 2nd intake( Mac 2022) full time degree, then tetiba berminat pulak dengan pjj ..kalau saya apply pjj jugak sekali...Tiada masalah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut mod pengajian , kalau dah full time kena teruskan full time , tak boleh ubah

      Delete
    2. sama lah kita...mcm mana eh ada apa2 info tak?

      Delete
  68. Hi sis, utk yuran sis bayar every sem ke mcmne?klu nak bayar guna epf mcne ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. every sem ada yuran , pergi website ICEPS utk pengeluaran EPF

      Delete
  69. Salam. Course apa je yang boleh buat pjj? Semua course di uitm atau certain course je

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 course ada , tapi tgok intake utk certain kampus , ada yangb bukak and ada yang tak bukak

      Delete
  70. Hello, nak tanya exam in english or bm??

    ReplyDelete
  71. sekarang masih website ined ke kak sebb saya buntu tak jumpa mohon bantuann

    ReplyDelete
  72. Hi akak nak tnye ye, study e-pjj nie 100% online atau ada kene pergi ke kampus jugak?

    ReplyDelete
  73. hi, boleh saya tau pjj ni kelas dia secara online atau face to face ?

    ReplyDelete
  74. hello kak, mcm mana sy nak reach kkak secara dekat? ada if ke fb ke? sy banyak nak tanya ni

    ReplyDelete
  75. Hi sy nk tanya, mcm mna cara bljr pjj? Mksud sy kls dia hari apa? Kalau kita xdpt join kls tu mcm mna ye

    ReplyDelete
  76. PJJ ni tempoh pengajian dia sama dengan program sepenuh masa ke ? Lagi panjang ?

    ReplyDelete
  77. hai korang saya baru dapat balik email blog saya, saya ada update baru dekat entry ni, video saya di youtube, boleh komen kat sana juga yg latest, saya agak aktif di youtube, sebab selalu tengok. ataupun email saya ye, sara_liyana90@yahoo.com.

    ReplyDelete
  78. Hi sis apa nama youtube channel sis ya? Sy nak tanya kalau online interview utk pjj ni dia guna bahasa Melayu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sara Khayla nama youtube saya

      Delete
  79. Apa soalan yang selalu mereka tanya ya sis ?? 😭 binggung pula ni

    ReplyDelete
  80. Nama youtube saya Sara Khayla , boleh komen kat sana sebab saya aktif kat youtube juga.

    ReplyDelete
  81. Hi, nak tanya, if waktu final exam, macam mana process dia ya?

    ReplyDelete
  82. Assalamualaikum kak.. maaf nak tanya.. kiranya epjj ni kelas secara online atau bersemuka?

    ReplyDelete
  83. Hai kak. Saya kerja dan stay kat melaka, kalau saya amik course luar daripada melaka boleh ke?

    ReplyDelete
  84. Hi, klu kta lulusa Diploma IPTA lain, boleh apply utk transfer credit mata pelajaran yg sma tak?

    ReplyDelete
  85. Assalamualikum kak saya nak tanya kalau nak cepat habiskan pjj degree contoh ye boleh ke kita ambik subjek dari sem 2 bawak ke sem 1 ?

    ReplyDelete