Wednesday, 11 April 2018

Pengalaman Bekam dekat Spa Bekam Ar-Rayyan

Assalamualaikum hai korang, hari ni nak cite pasal bekam, antara wishlist aku tahun 2018 ni nak buat bekam, walaupun awal-awal pikir banyak kali pastu takut la bagai. 

Lepas da usha-usha tempat nak bekam, aku pilih Spa Bekam Ar-Rayyan dekat Gombak ni, kebetulan dekat dengan UIAM, senang keluar opis pegi terus. Ohh by the way aku pilih hari Jumaat masa lunch hour, masa rehat lama so boleh la aku memanjakan diri masa tu. Tak kalut dengan anak kecik kan.

Disebabkan aku buat bekam badan dan muka berasingan tapi tempat sama aku just summarize je sekali dalam entry ni, senang korang baca sekali je, hikks

Tempat bekam?
Spa bekam ni banyak cawangan tau, please check the instagram and contact directly dekat staff dia tau.

Pakej dan harga?
Aku pilih pakej 22 cup RM150 untuk bekam badan & RM65 8 cup untuk bekam muka. Untuk harga ni korang boleh tengok-tengok instagram dia mane tau dia buat promosi ke kan.

Macam mane nak set date? 
Ok aku whatsapp no. phone yang dorang tulis dalam instagram spabekamarrayyan. Aku terus set date kebetulan tarikh dan masa aku nak free terus booking. Tapiii dia ade bagitau tarikh-tarikh sunnah buat bekam tau, so boleh pilih tarikh tu kalau korang free masa tu. Korang boleh je walk in tapi maybe amik masa menunggu so rugi la masa tu. So aku suggest prefer booking awal.

Suasana Tempat?
Sangat selesa, walaupun amik masa menunggu tapi suasana tenang gitu, LOVE the place, ada lagu islamik dan zikir-zikir.

Layanan? 
Sangat baik senang communicate, bagus la senang cite, masa awal-awal sampai korang akan disajikan secawan teh, cuma aku tak pasti teh apakah, aku telan je, hehe, dah abis bekam pun sama.

Tahap Kesakitan?
Amboihhh, bekam muka tak sakit langsung, teheeee, parut kat dahi tu rasanya dalam 9 hari baru hilang, kenapa lambat ke cepat atas kulit masing-masing, staff bekam tu kata darah aku pekat mungkin sebab tu lama, mungkin, hehe

Bekam badan, ok ade part yang aku rasa sakit sikit, kat bahagian atas pinggul dengan betis, yang lain ok saje tak sakit. Actually badan aku da lama rasa lenguh-lenguh itu yang lagi mendorong nak buat bekam ni.

Kesan Bekam?
Bekam Muka ade parut lebam lepas buat, aku buat bekam ni sebab masa tu muka breakout teruk campur resdung. Hasilnya, da tak bersin, jerawat dah kurang dan baik da sekarang finally, tapi kena jaga rutin skincare la ye.

Bekam Badan ade lebam sikit macam biasa, lenguh dah makin hilang, fuhh, ini best badan rasa ringan, ringan means itu korang kena rasa sendiri, hee. Bekam badan ni ada sekali bekam kepala tau, sakit kepala pun dah tak macam dulu, alhamdulillah kalau tak asyik spare ubat je dalam beg.

Bekam Lagi?
Yesssss, pasti akan datang balik, in shaa Allah ini sunnah nabi, kita niat alternatif untuk kesihatan.


Ni ade kad rewards, masa mula-mula datang dia akan bagi ni so tiap-tiap kali datang korang jangan lupe bawa kad ni sekali tau.


Sebab aku dah pernah datang 2 kali, so dia cop la 2 kali kat situ, yang ke 10 tu dapat free bekam tau. yang ke 5 ada hadiah lagi tu.




 By the way aku nak minta maaf tak share gambar bekam tu ye, personal la even lebam kat muka, kalau nak tanya pape just komen aje peeps, no hal pasti balas kadang lambat sikit jangan marah dong.


Disclaimer: Ni pengalaman je tau, pape pun kita kena check kesihatan kita dulu ye sebelum buat bekam.

Thank you for reading this entry!!




4 comments:

  1. Salam.

    Nak tanya lebam bekam tu bole cover tak dengan bb cream atau foundation? Ada tips tak nak kurangkan lebam dia? Sebab teringin nak buat tapi takut dengan kesan lebam atas muka. Da la saya keje retail service so malu nak jumpa customers dengan kesan lebam

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam. boleh nampak pudar tapi kalau dekat nampak la,so ok je awak.

    ReplyDelete
  3. yeahh, wak pun baru buat bekam tadi (2022)., ;p

    ReplyDelete